Malaysia Janji Beri AS$219 Juta Kepada AIIB Lima Tahun Lagi - Niaga | mStar

Malaysia Janji Beri AS$219 Juta Kepada AIIB Lima Tahun Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 6:15 PM

Reezal Merican Naina Merican

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah berjanji untuk memberikan AS$218.8 juta (AS$1 = RM4.14) bagi penubuhan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB).

"Pelaburan ini akan dibayar dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Ketersambungan Asean ke-6, Jumaat.

Pada 21 Ogos, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya telah menandatangani Artikel Perjanjian AIIB di Kementerian Luar Negara China, Beijing.

Sehingga kini, 53 daripada 57 buah negara yang bakal menjadi pengasas kepada bank itu telah menandatangani perjanjian tersebut dan Malaysia menjadi penandatangan yang ke-51.

Dimulakan oleh China, AIIB, dengan dana kira-kira US$100 bilion, bertujuan untuk mempromosikan operasi infrastruktur saling kendali dan pembangunan bersama di Asia.-- Bernama 



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan