Rabobank Saran Malaysia Labur Lebih Banyak Dalam Pertanian Hiliran

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia patut perbanyakkan pelaburan dalam sektor hiliran industri pertaniannya bagi menampan kesan ketidaktentuan  harga komoditi, kata Rabobank Southeast Asia.

Pengarah Penyelidikan dan Penasihat Makanan dan Perniagaan Taninya, Pawan Kumar berkata perniagaan hiliran berkecenderungan mendapat lebih banyak manfaat daripada aliran menurun harga komoditi menerusi bekalannya yang banyak dan harga runcit tetap.

"Ia soal tumpuan. Apabila syarikat Malaysia mahu meneroka lebih jauh dalam sesuatu bidang, biasanya mereka dapat lakukannya dengan baik, sama ada dalam (sektor) huluan mahupun hiliran.

"Bagaimanapun, jika mereka duduk diam dan terus dengan kegiatan eksport dan import, mereka akan berdepan masalah berikutan isu mata wang dan kejatuhan harga komoditi," katanya kepada pemberita selepas Forum Perniagaan Eksklusif Rabobank, di sini, Selasa.

Beliau berkata Komuniti Ekonomi Asean (AEC) akan mewujudkan peluang besar bagi syarikat di rantau ini menerusi pangkalan pengguna lebih besar, peningkatan aliran pelaburan dan kesan berganda daripada pembangunan prasarana.

"Syarikat multinasional (MNC) juga mengintai peluang ini dan menurut kajian, MNC lebih bersedia untuk mengambil peluang daripada penyepaduan komuniti berbanding peserta serantau memandangkan mereka sudah 'selesa' dengan pertumbuhan mereka dalam pasaran domestik.

"Sebab itulah syarikat serantau mesti memastikan mereka tidak terlambat dalam merancang strategi bagi mengambil peluang daripada AEC dan merebut penguasaan pasaran di rantau ini," katanya.

Sementara itu mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), beliau berkata komoditi seperti minyak sawit dan getah akan menerima sokongan daripada perjanjian itu jika ia dimeterai, menerusi akses kepada pasaran yang lebih luas.

Minyak soya yang merupakan saingan minyak sawit, semakin menguasai pasaran Asia sejak beberapa tahun lepas, sebahagiannya disebabkan harga minyak kacang soya yang lebih murah, katanya.

"Jika minyak sawit mahu meluaskan penguasaan pasaran, harganya harus lebih rendah. Ini lebih kepada aspek strategi dan tidak berkaitan dengan TPPA.

"Bagaimanapun, Asia Tenggara masih merupakan rantau pengguna minyak sawit dan ramai yang telah mencuba minyak kacang soya dan produknya namun trend ini tidak berkembang di rantau ini," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Rabobank , Pawan KUmar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan