Petronas Garis 6 Strategi Untuk Kekal Menguntungkan

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menggariskan enam strategi untuk menangani situasi sukar dalam industri minyak dan gas (O and G), dan kekal menguntungkan.

Dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times (NST), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata dalam tempoh beberapa tahun akan datang, syarikat itu akan memberi tumpuan ke atas penjanaan tunai.

"Yang saya maksudkan dengan penjanaan tunai ialah loji kami mesti dalam keadaan terbaik -- beroperasi sepanjang masa -- dan mesti menjual produk dalam kedudukan nilai terbaik yang boleh diperoleh, dalam keseluruhan rangkaian nilai," katanya dalam temu bual itu, pertama kepada media sejak mengambil alih jawatan nombor satu itu pada April.

Yang kedua, Wan Zulkiflee berkata Petronas perlu merealisasikan projek pertumbuhan - Projek Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), projek pengolahan gas asli cecair terapung (FLNG), lebih banyak projek di Sabah dan projek di Kanada.

"Kami perlu menyiapkan projek ini mengikut jadual -- tiada kos berulang dan tepat pada masanya dengan tahap kesihatan dan keselamatan yang baik," katanya.

Beliau berkata projek O and G yang sudah diluluskan, akan diteruskan, namun syarikat itu juga akan meminta untuk membida semula beberapa pakej dalam projek RAPID bagi mencerminkan harga bahan mentah yang rendah.

Mengurangkan kos dan pemudahkan merupakan strategi ketiga.

"Kami mengkaji semula beberapa proses dalam keseluruhan kumpulan. Ini termasuk sumber manusia, pemerolehan dan proses perancangan.

"Jika kami dapat memudahkan dan mengurangkan masa bekerja, penjimatan itu boleh disalurkan untuk penjanaan tunai. Inilah langkah jangka pendek kami," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, yang dipetik sebagai berkata oleh NST.

Melabur dalam teknologi, pengurusan bakat yang lebih baik dan meningkatkan budaya kerja merupakan tiga lagi strategi yang disebut oleh Wan Zulkiflee.

Wan Zulkiflee yang berpengalaman selama 32 tahun dalam Petronas, berkata keadaan semasa membuka pintu peluang yang baik dalam menangani segala ketidakcekapan dalam organisasi itu serta industri O and G Malaysia.

Beliau juga berkata Petronas, yang mempunyai 51,000 tenaga kerja, tidak mempunyai rancangan untuk memberhentikan pekerjanya, dan ada yang sudah ditugaskan semula untuk projek RAPID.

Tags / Kata Kunci: Petronas , Minyak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan