suria

Sunway Construction Laksana Pecah Tanah Projek Bernilai RM1.61 Bilion

KUALA LUMPUR: Sunway Construction Bhd melaksanakan pecah tanah bagi projek bernilai RM1.61 bilion di Presint 1, Putrajaya.

Projek tersebut, diberikan oleh Putrajaya Bina Sdn Bhd, mempunyai empat pakej termasuk 10 blok menara pejabat, podium tempat letak kereta dan kerja-kerja luaran.

"Projek itu dijangka selama 34 bulan, dan kontrak itu akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan," menurut Sunway Construction dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Jumaat.

Setakat ini, jumlah nilai perolehan kontrak kumpulan itu sebanyak RM4.3 bilion.

Sunway, Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain