50 Syarikat Malaysia Pamer Produk Makanan Halal Di Cologne

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 syarikat Malaysia yang diketuai pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), akan menyertai pesta perdagangan makanan Anuga di Cologne, Jerman pada 10-14 Oktober ini.

Anuga 2015 yang merangkumi bidang peruncitan, perdagangan, perkhidmatan dan penyajian makanan, turut menjadi platform bagi pengunjung serta pembeli kepada produk makanan organik dan halal serta minuman Malaysia.

Acara tahunan itu juga disifatkan pameran makanan utama di Eropah dan menjadi jenama global bagi penggiat serta pengedar makanan untuk berkumpul selain membincangkan peluang perdagangan.

Syarikat-syarikat Malaysia akan mempamerkan produk seperti makanan sejuk beku, minuman, makanan diproses, produk berasaskan minyak sawit serta makanan untuk tenaga.

Menurut Pesuruhjaya Perdagangan Matrade ke Frankfurt, S.Jai Shankar, ini adalah penyertaan kali kesembilan untuk Malaysia.

"Amalan gaya hidup sihat sememangnya (perniagaan) besar di Eropah, termasuk Jerman. Malah, aspek kesihatan dan keutamaan persekitaran adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan kalangan pengeksport kita apabila mahu memasarkan produk mereka di pasaran negara maju seperti Kesatuan Eropah (EU)," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Katanya, memandangkan Jerman antara rakan dagang terbesar di EU, Matrade yakin penyertaan Malaysia dalam pameran dagangan di rantau itu akan memudahkan lagi kemasukan serta perluasan pasaran produk.

Matrade turut mengatur lebih 400 pertemuan perniagaan antara pempamer Malaysia dan pengimport Eropah di Pavilion Malaysia.

Kira-kira 6,500 pempamer daripada lebih 100 negara dan lebih 150,000 pengunjung yang mewakili 180 negara, dijangka menyertai pameran itu.

Pada acara itu, syarikat Malaysia, Laras Marketing and Services Sdn Bhd akan melancarkan beberapa produk baharu berasaskan pemprosesan teknologi makanan yang inovatif bagi melanjutkan kesegarannya.

Syarikat lain yang mengambil bahagian termasuk Halcent International Sdn Bhd dan Solution Sdn Bhd.

Tahun lepas, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jerman bernilai lebih  RM41 bilion. 

Eksport Malaysia ke Jerman pula sebanyak RM17.86 bilion manakala importnya mencecah RM23.16 bilion.

Produk utama makanan ke Jerman adalah koko dan ramuan berasaskannya yang bernilai RM105 juta dan mewakili 90 peratus daripada keseluruhan eksport makanan diproses. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Matrade , halal , Cologne

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan