suria

Ford Tiada Rancangan Naik Harga Trak Pikap

KUALA LUMPUR: Ford Motor Co tidak mempunyai rancangan  untuk menaikkan harga trak pikap keluarannya, kata Pengarah Urusan Pasaran Baharu Asia Pasifik dan Malaysia, David M. Westerman.

Beliau berkata walaupun mata wang tempatan tidak menentu, tiada rancangan untuk menaikkan harga.

"Penyusutan ringgit memberi tekanan kepada produk import dan komponen dalam industri kereta.

"Industri tidak kebal (ketidaktentuan mata wang) dan tentunya terdapat cabaran. Bagaimanapun, kami di Ford masih yakin terhadap prospek Malaysia dan fokus strategi jangka panjang bagi pasaran tempatan," katanya.

Westerman berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Ford Ranger di sini, Khamis.

Beliau berkata meskipun waktu yang mencabar, perniagaan Ford kekal kukuh disebabkan rakan dalam negaranya, Sime Darby Auto Connexion.

Pada masa kini Ford merupakan pengeluar trak pikap nombor dua di Malaysia dengan penguasaan 20 peratus bahagian pasaran.

Ford Ranger yang baru dilancarkan berharga RM91,588 atas jalan bagi  Ranger XL; RM132,188 bagi 3.2L Ranger WildTrak; dan bermula dari RM101,388 bagi  Ranger XLT. -- Bernama


Ford, David M. Westerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain