suria

AirAsia Rai Penerbangan Pertama Kl-Changsha

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd pada Sabtu meraikan penerbangan pertama yang juga laluan keenam tahun ini, Kuala LumpurChangsha, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai penerbangan antarabangsa berkapasiti terbesar ke China.

Changsha adalah ibu kota wilayah Hunan dan antara bandar moden yang pesat membangun di negara itu.

Bersempena laluan baharu itu, syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menawarkan promosi harga serendah RM209* bagi perjalanan sehala dengan tempoh tempahan pada 2-18 Oktober, 2015.

Tempoh perjalanan bagi tambang promosi itu pula ditetapkan pada 7 Oktober, 2015 sehingga 29 Februari, 2016, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan itu boleh dibuat secara dalam talian di airasia.com serta aplikasi mudah alih syarikat itu di iPhone dan perkhidmatan Android selain laman web  mobile.airasia.com.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata : "Ini merupakan tahun ke-10 kami beroperasi di China dan sememangnya berharap untuk menawarkan perkhidmatan ke lebih banyak bandar.

"Kami juga berharap dapat memberi kemudahan kesalinghubungan untuk mereka ke wilayah ASEAN dan melangkaui sempadan itu menerusi jaringan rangkaian kami."

Selain AirAsia, unit sekutunya, Thai AirAsia, turut menawarkan penerbangan terus dari Bangkok ke Changsa.

Perkhidmatan penerbangan kumpulan AirAsia itu merangkumi 15 destinasi menerusi 35 laluan di China.

AirAsia, Changsha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain