Farm's Best: Hasil Jualan Tanah Beri Sumbangan Positif

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Farm's Best Bhd (FBB) memutuskan untuk menjual daripada memajukan tanahnya di Johor kerana membabitkan kos pembangunan yang tinggi selain meningkatkan paras hutang jika dibiayai pinjaman bank.

Pengurus Besarnya, Hoh Koei Teng berkata hasil penjualan tanah itu sebaliknya diunjurkan dapat memberi sumbangan positif bagi pendapatan masa depan kumpulan berkenaan.

Sinmah Poultry Farm Sdn Bhd yang juga anak syarikat milik penuh FBB, telah mencadangkan penjualan 10 lot tanah pegangan bebas berkeluasan 22.36 hektar di Ledang, Johor kepada Budi Saja Sdn Bhd (BSSB) pada harga tunai RM27 juta.

Koei Teng berkata, FBB sebelum ini mengusahakan aktiviti penternakan bertingkat di tanah itu yang menghasilkan kira-kira 360,000 biji telur pelbagai gred sehari.

Bagaimanapun, operasi ladang berkenaan ditamatkan pada 30 April, 2015.

"Ia memiliki 32 unit pondok bertingkat, satu unit kuarters pekerja, rumah pam, pejabat dua tingkat dan satu kilang pembungkusan telur.

"Di bawah terma cadangan penjualan, hanya tanah itu yang dijual kepada BSSB.

Oleh itu, semua bangunan sedia ada akan dirobohkan dan dijual oleh pihak FBB," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan FBB di sini, Selasa.

Koei Teng berkata, pendapatan kumpulan FBB melibatkan operasi penternakan itu diperolehi daripada kategori - jualan ayam daging, ayam siap proses serta produk ayam dan jualan telur.

Bagaimanapun, katanya, operasi penternakan bertingkat itu ditamatkan kerana mencatatkan kerugian selepas cukai bagi tiga tahun kewangan lepas.

FBB mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM8.20 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2015 manakala pendapatannya sebanyak RM176.98 juta.

Tags / Kata Kunci: Farm's Best , Melaka

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan