Agrobank Terima Anugerah GIFA Di Bahrain

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

BAHRAIN: Agrobank yang dimandatkan untuk memperkasakan sektor pertanian, dianugerahkan sebagai Institusi Perbankan Islam Baharu 2015 di Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (Gifa).

Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan di satu majlis khas di Manama, Bahrain.

Pengiktirafan antarabangsa ini dilihat sebagai bukti di atas usaha Agrobank dalam mempromosikan sistem perbankan patuh Shariah sekaligus menyokong usaha Malaysia menjadi hab kewangan Islam.

Agrobank secara rasmi bergelar Perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015 lalu dan mengalihkan kesemua sistem perbankan, operasi, dokumentasi dan produk kepada patuh Syariah.

Agrobank berbesar hati diiktiraf oleh Anugerah Kewangan Islam Global yang menghargai usaha serta peranan pemain industry kewangan global, kata Datuk Wan Mohd Fadzmi, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Sektor makanan berkait rapat dengan pertanian, dan produk halal merupakan perkara yang amat dititikberat oleh umat Islam.

Dengan peralihan kepada sebuah institusi kewangan islam, Agrobank berada pada kedudukan yang tepat untuk menyediakan produk pembiayaan patuh syariah untuk melengkapkan kitaran pengeluaran makanan halal," kata Wan Mohd Fadzmi.

Setakat Julai 2015, syer pasaran Agrobank dalam pembiayaan sektor agromakanan amat memberangsangkan, iaitu berjumlah RM2,674.42 juta atau 23.73 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan sistem perbankan bernilai RM11,270.52 juta.

"Kami yakin dengan menawarkan pembiayaan patuh syariah, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada usahawan, pengeluar makanan dan para pelanggan untuk terus komited menjalankan perniagaan mengikut prinsip-prinsip Syariah," tambah beliau lagi.

Beliau juga berkata bahawa, walaupun perjalanan ke arah perbankan Islam sepenuhnya adakalanya mencabar, Agrobank berbangga akan usahanya dalam menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi Islam.

"Kami juga amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini hasil dari usaha warga kerja Agrobank yang bekerja keras untuk memastikan peralihan Agrobank kepada sistem perbankan Islam sepenuhnya," katanya.

Majlis anugerah itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Bahrain Datuk Ahmad Shahizan Abdul Samad.

Gifa, yang dianjurkan oleh Edbiz Consulting berpusat di London sejak 2011 memberi penghormatan kepada bank-bank, institusi kewangan, agensi perunding, agensi penarafan, broker insuran dan syarikat teknologi di seluruh dunia yang memberi sumbangan dan inspirasi kepada industri perbankan global dan kewangan Islam.

Tags / Kata Kunci: Agrobank , Gifa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan