Ringgit Cecah Paras 3.55-4.20 Berbanding Dolar AS Pada Suku Keempat - HLIB

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah paras 3.55 hingga 4.20 berbanding dolar AS pada suku keempat tahun ini, dan mencapai  4.00 pada akhir tahun berikutan pengukuhan mata wang AS itu akan berkurangan susulan kenyataan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang memihak kadar faedah rendah baru-baru ini.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata penyusutan tekanan ke atas mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, akan berkurangan dalam tempoh jangka pendek.

Bank pelaburan itu berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) akan lebih berhati-hati mengenai kenaikan kadar faedahnya untuk memastikan momentum pertumbuhan tidak terjejas.

"Kami menjangka Fed menaikkannya semasa mesyuarat FOMC pada Disember. Pada 2016, kami percaya kenaikan kadar akan secara berperingkat, paling baik, kenaikan 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC gantian kepada sejumlah 100 mata asas," katanya.

Mengenai China, HLIB berkata pihak berkuasa China kini mengelak daripada membuat langkah besar yang akan menjejaskan kestabilan pasarannya.

"Selain itu, kami menjangka langkah-langkah fiskal akan diperkenalkan pada akhir tahun untuk menghentikan penurunan momentum pertumbuhan," katanya.

Bank pelaburan itu berkata perkembangan tersebut akan membantu mengurangkan kebimbangan mengenai tekanan penurunan nilai yang kompetitif dan kelembapan yang berpanjangan dalam ekonomi China.

Di pasaran tempatan, HLIB berkata gesaan membawa pulang dana syarikat berkaitan kerajaan akan mendapat sambutan manakala Fed dijangka perlahan dalam pelan kenaikan kadar faedahnya.

Ia turut menjangka rizab Bank Negara Malaysia stabil, kemungkinan meningkat untuk beberapa bulan akan datang.

"Paras psikologi yang perlu berhati-hati adalah AS$92 bilion berikutan sebarang paras di bawah ini akan menunjukkan rizab kepada nisbah hutang luar  jangka pendek kurang daripada 1.0 kali," katanya.

HLIB turut menjangka pengumuman Bajet 2016 pada 23 Oktober, 2015 akan mempunyai beberapa langkah untuk melindungi pertumbuhan.

Ia berkata bank pusat akan terus mengekalkan kadar dasar semalamannya tidak berubah pada 3.25 peratus sehingga akhir 2015. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: ringgit , HLIB

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan