KPJ Buka Hospital Baharu Di Tanjung Lumpur

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 7:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kuantan Specialist Hospital (KSH), anak syarikat KPJ Healthcare Berhad, akan menaik taraf perkhidmatannnya dengan membuka sebuah hospital baharu bernilai RM100 juta dalam usaha memenuhi permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini.

Pengurus Besar KSH Muhammad Badri Hussin berkata, hospital baharu yang dibina di Tanjung Lumpur dengan 11 tingkat itu merupakan yang ke-26 di bawah kumpulan perubatan terkenal negara ini.

"KSH sebelum ini beroperasi di Jalan Alor Akar di sini, namun dengan pembangunan pesat ekonomi di negeri ini memerlukan kita untuk beroperasi di hospital baharu yang dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan perubatan.

"Hospital baharu ini yang mula dibina pada penghujung 2012 dijangka beroperasi pada akhir tahun ini dengan mempunyai kemudahan 188 katil berbanding 72 katil yang sedia ada.

"Selain itu, ia akan turut dilengkapi peralatan diagnostik yang moden serta canggih seperti 64 Slice CT Scan, MRI 1.5T dan Mesin Angiogram," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Pada masa ini, katanya pihaknya sedang menunggu kelulusan bangunan daripada pihak berwajib serta lesen penyelenggaraan hospital daripada Kementerian Kesihatan sebelum memulakan operasi.

Menurutnya selaras dengan itu juga, KSH selepas ini akan dikenali sebagai KPJ Pahang Specialist Hospital.

Beliau berkata selepas semua urusan pemindahan itu selesai, bangunan lama KSH di Jalan Alor Akar akan dijadikan sebagai Pusat Kanser pertama di Pantai Timur.

Sementara itu, KPJ turut memainkan peranan tanggungjawab sosial korporat dengan menjalankan aktiviti "Projek Tanaman Pokok 2015" di Pantai Sepat di sini, hari ini.

"Projek Tanaman Pokok ini melibatkan 43 anggota KSH dan petugas Jabatan Perhutanan Pahang yang menanam sebanyak 250 anak pokok Rhu Pantai.

"Antara objektif projek ini ialah mencapai sasaran KPJ Kuantan mengurangkan kadar kesan karbon iaitu perembesan karbon ke atmosfera sebanyak lima peratus dari 2014 hingga 2020.

Selain itu, katanya ia dapat meningkatkan kesedaran pekerja dan orang awam mengenai nilai, faedah dan keperluan pokok kepada alam sekitar.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KPJ , Tanjung Lumpur

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan