DRB-Hicom Sasar Jual 300 Unit Kenderaan Tata Menjelang Tahun Kewangan 2016

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 5:06 PM

Antara produk keluaran Tata yang dipasarkan di negara ini.

(Ubah saiz teks)

BATU CAVES: DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV), unit milik penuh DRB-Hicom Bhd, menyasarkan menjual 300 unit tiga model kenderaan Tata baharu menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.

Ketua Operasi, Edaran Automotif dan Pengeluaran DRB-Hicom, Datuk Hisham Othman, berkata, model baharu itu ialah pikap Tata Xenon, Tata Ultra 512 dan Tata Prima yang dilancarkan pada Januari lepas.

DHCV dilantik sebagai pengedar eksklusif kenderaan komersial Tata untuk memberi nafas baharu kepada jenama India dalam pasaran Malaysia.

"Permintaan bagi model-model baharu itu meningkat setiap hari. Dengan satu peratus bahagian pasaran, kami akan menumpukan kepada kesedaran jenama dahulu dan kami percaya bahagian pasaran akan meningkat," katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) DHCV di sini, Selasa.

Beliau berkata DRB-Hicom melabur RM10 juta untuk menyiapkan kilang di Pahang, yang akan mewujudkan pekerjaan kepada penduduk tempatan selain memastikan kenderaan Tata mempunyai kandungan tempatan yang mencukupi.

"Kami turut menjangka kenaikan kandungan tempatan kepada 40 peratus dalam tempoh jangka panjang," katanya, sambil menambah kebanyakan komponen dan alat ganti ketika ini diimport dari India, dengan urus niaga dilakukan dalam dolar AS.

"Dengan keadaan ekonomi semasa dan penyusutan ringgit, kami telah mengambil beberapa langkah termasuk mekanisme lindung nilai, untuk memastikan kami tidak begitu terjejas," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Operasi DHCV Mohd Syahrul Yusuf berkata pusat 3S bernilai RM2.5 juta itu dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi tahun kewangan syarikat terutamanya daripada perkhidmatan selepas jualan untuk menampung kekurangan.

Bagi suku pertama berakhir 30 Jun, 2015, DRB-Hicom mencatat keuntungan sebelum cukai yang rendah sebanyak RM16.6 juta berbanding RM185 juta dan perolehan merosot sebanyak 20.8 peratus kepada RM2.9 bilion berbanding RM3.7 bilion sebelum ini.

"Kami melihat banyak peluang daripada perkhidmatan selepas jualan dan jualan kenderaan Tata baharu walaupun dengan keadaan ekonomi semasa," katanya.

Beliau berkata pusat 3S dengan keluasan 30,000 kaki persegi itu dilengkapi bilik pameran, 12 ruang servis serta peralatan diagnostik terkini Tata Motors dan alat ganti.

"DHCV turut menyasarkan untuk mempunyai 20 pusat 3S di Malaysia menjelang pertengahan 2016 dan setakat ini, kami telah melantik tujuh pengedar di seluruh negara," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: DRB-Hicom , Tata

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan