Mah Sing Bangunkan Ramada Encore Meridin, Jangka Siap 2018

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd, membangunkan Meridin Hotel Suites - Ramada Encore Meridin,  di sini yang dijangka siap dan beroperasi pada 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Chai Yong berkata pembinaan pangsapuri 322 unit dilengkapi perabot itu, dibangunkan menerusi fasa dua The Meridin@Medini.

"Ramada Encore Meridin dibina berkonsepkan studio, satu dan dua bilik," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian francais bersama Wyndham Hotel Asia Pacific (Wyndham Hotel) bagi penggunaan jenama Ramada untuk Meridin Hotel Suites, di Galeri Jualan The Meridin@Medini di sini, Sabtu.

Turut hadir, Pengarah Perolehan dan Pembangunan Perniagaan Wyndham Hotel, David Wray. 

Ramada Encore Meridin merupakan sebahagian projek pembangunan bercampur The Meridin@Medini, yang dibangunkan Mah Sing di kawasan di kawasan seluas 3.3 hektar di Iskandar Malaysia, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion.

Chai Yong berkata, Mah Sing komited untuk membangunkan produk berkualiti dan berkonsepkan gaya hidup utama kepada pelanggannya, sekali gus berharap pembinaan hotel tersebut mampu menarik pengunjung untuk menginap di situ.

Selain itu, lokasi Ramada Encore Meridin sangat strategik, berdekatan  pelbagai tempat menarik seperti Taman Tema Legoland, Taman Tema Puteri Harbour selain hospital swasta Gleneagles Medini.

Dalam pada itu, beliau berkata Mah Sing Group turut menandatangani perjanjian dengan syarikat pengurusan hotel, Topotels bagi melantik Topotels Sdn Bhd sebagai pengendali bagi mengurus hotel berkenaan. 

Topotels mengendalikan pengurusan beberapa hotel termasuk The Straits Hotel and Suites di Melaka serta Ramada Encore di Seminyak Pulau Bali, Vio Hotel di Bandung dan Axana Hotel di Padang, Indonesia. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Mah Sing , Ramada Encore Meridin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan