Maybank, Public Bank Menerajui KLCI Untuk Ditutup Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 3:02 PM

saham
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia menentang trend serantau untuk ditutup rendah semasa mengakhiri sesi pagi, diheret turun terutamanya oleh kaunter kewangan seperti Maybank dan Public Bank.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.25 mata kepada 1,675.29. Ia bergerak antara 1,675.11 dan 1,684.40 pada sesi pagi.

Peniaga berkata kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan global dan impaknya ke atas ekonomi domestik akan terus mempengaruhi sentimen dan membataskan kenaikan seterusnya.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 361 kepada 308 manakala 277 kaunter tidak berubah, 879 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 997.45 juta saham bernilai RM902.89 juta.

Nikkei 225 Jepun turun 1.32 peratus kepada 18,189.17, Indeks Straits Times  Singapura menokok 0.59 peratus kepada 2,912.76 dan Hang Seng Hong Kong naik 0.42 peratus kepada 21,946.73.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.65, Public Bank berkurangan empat sen kepada RM18.34, TNB menambah dua sen kepada RM12.20, Axiata turun tiga sen kepada RM6.26 dan Maxis merosot dua sen kepada RM6.74.

Di papan skor, Indeks FBM Emas jatuh 28.35 mata kepada 11,500.42, Indeks  FBMT100 turun 32.17 mata kepada 11,224.64 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 0.03 mata kepada 12,109.17.

FBM 70 menokok 0.43 mata kepada 12,378.22. FBM Ace berkurangan 6.61 mata kepada 5,456.33.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 46.73 mata kepada 14,509.64, Indeks Perladangan jatuh 74.89 mata kepada 7,108.70 dan Indeks Perusahaan turun 2.82 mata kepada 3,193.57.

Antara kaunter paling rugi, United Plantations jatuh 80 sen kepada RM26, BAT susut 32 sen kepada RM62.48, Genting berkurangan 14 sen kepada RM4.30 dan CIMB turun 12 sen kepada RM4.99.

Tags / Kata Kunci: Maybank , Public Bank

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan