suria

Bouygues Dipilih Laksana Projek Fasa 3 Battersea Power Station

KUALA LUMPUR: Bouygues UK dipilih sebagai kontraktor pilihan untuk mereka bentuk dan membina projek Fasa 3 Battersea Power Station bernilai lebih 1 bilion pound, menjadikannya antara kontrak bangunan swasta terbesar yang pernah diberikan di United Kingdom.

Pemilihan ini disahkan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC), pengurus tapak pembangunan menerusi kenyataan yang dikeluarkan dari London.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rob Tincknell berkata: "Pemilihan Bouygues UK itu merupakan satu kejayaan besar serta meningkatkan jumlah kawasan dalam pembinaan di tapak kepada seluas kira-kira 5 juta kaki persegi.

"Bouygues UK menunjukkan pendekatan menarik ke atas projek ini dan mempunyai keupayaan jelas untuk menangani cabaran pasaran semasa London, menghasilkan program dan kos yang terbaik," katanya.

Kerja di separuh bahagian utara tapak Fasa 3 dijangka bermula pada suku pertama 2016 dan berakhir pada 2019 manakala di bahagian selatan akan bermula pada 2018 dan berakhir pada 2020.

Fasa 1, 2 dan 3 akhirnya akan menjadi projek pembangunan tunggal terbesar di pusat bandar London selepas Canary Wharf.

Fasa 3 merupakan bahagian penting dalam pertumbuhan semula projek Battersea, dan mempunyai jalan baharu untuk pejalan kaki di London, dikenali sebagai The Electric Boulevard.

Boulevard ini akan menjadi pintu masuk utama kepada keseluruhan pembangunan Battersea, menghubungkan Northern Line Extension Station tapak stesen jana kuasa.

Fasa 3 terdiri daripada 1,305 rumah baharu pelbagai saiz dan gaya.

Battersea Power Station dimiliki konsortium pelabur Malaysia yang terdiri daripada SP Setia, Sime Darby dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pengurusan pembangunan projek itu dijalankan oleh British Battersea Power Station Development Company.

Battersea Power Station

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain