suria

FGV Tidak Tahu Punca Kenaikan Mendadak Harga Saham

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menyifatkan kenaikan mendadak harga sahamnya mungkin disebabkan reaksi spekulasi susulan pengumuman insentif ekonomi khas oleh kerajaan, Isnin.

Harga saham FGV naik 38 sen semalam untuk ditutup pada RM1.64.

Menerusi jawapannya terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities mengenai kegiatan pasaran luar biasa (UMA) yang pada 14 September 2015, FGV mengakui tiada sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan kumpulan itu yang belum diumumkan dan mungkin menjadi alasan UMA berkenaan.

Antara langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan ekonomi sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datik Seri Najib Tun Razak itu termasuk mengaktifkan semula ValueCap Sdn Bhd dengan suntikan dana RM20 bilion bagi merangsang saham-saham bawah nilai pasaran.

"Pihak Lembaga Pengarah FGV tidak mengetahui mengenai sebarang khabar angin atau laporan membabitkan perniagaan atau hal ehwal FGV Group yang boleh menyumbang kepada UMA berkenaan," kata FGV.

Pada jam 4.29 petang ini, saham-saham FGV susut satu sen kepada RM1.63 selepas dibuka pada RM1.66 dan mencecah paras tertinggi RM1.80 manakala paras terendah RM1.58. -- Bernama


FGV, saham, UMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain