Microlink Sasar Pasaran Luar Negara

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT), Microlink Solutions Bhd menyasarkan untuk memperluaskan operasinya ke China dan Myanmar.

Ketika ini, 90 peratus perniagaan Microlink melibatkan pelanggan tempatan manakala baki 10 peratus pasaran luar negara seperti Indonesia.

"Kami telah bertapak di pasaran Indonesia sejak beberapa tahun lepas bagi menyediakan penyelesaian untuk perbankan Islam serta insurans Takaful dan permintaan terhadapnya terus berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Microlink, Peter Yong kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan di sini, Isnin.

Menurutnya, kumpulan itu yang menyasarkan untuk menembusi pasaran China iaitu terbesar di Asia, juga merancang untuk meningkatkan sumbangan segmen penyenggaraan dan perkhidmatan (M and S) sebanyak 30 peratus ketika ini kepada 50 peratus dalam masa lima tahun akan datang, seiring peningkatan permintaan pelanggan.

Yong turut menyifatkan penyusutan ringgit dapat memberi kelebihan dari segi kos kepada kumpulan itu berikutan produk Microlink yang murah berbanding saingannya dari luar negara.

"Namun, adakalanya pesaing ini akan bertindak mengurangkan harga apabila terdesak mencari pelanggan. Justeru, kita perlu berhati-hati dalam soal ini," katanya.

Bagi tempoh suku pertama berakhir 30 Jun, 2015 syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah iaitu sebanyak RM460,000 daripada RM1.41 juta dalam suku sebelum ini. 

Yong berkata keuntungan lebih kecil itu adalah disebabkan syarikat itu tidak menerima sebarang kontrak utama dalam suku kajian berkenaan serta margin perniagaan yang rendah biarpun segmen pengedaran perkakasannya meningkat.

"Sumber pendapatan utama kami adalah yang berasaskan projek. Oleh itu, jika kami memperolehi kontrak besar, ia akan melonjakkan pendapatan dan begitulah sebaliknya," katanya.

Menurutnya, kumpulan itu juga dalam perbincangan melibatkan kontrak bernilai RM50 juta dalam suku semasa yang akan dimuktamadkan pada 2016.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Microlink Solutions Bhd , Peter Yong

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan