Indonesia Minat Pelajari Sistem Perbankan Islam Dari Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indonesia berminat untuk mempelajari usaha Malaysia membangunkan dan memacu perkembangan sistem perbankan Islam.

Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Hamdhani Mukhdar Said dari daerah pemilihan Kalimantan Tengah berkata, berlatar belakangkan ekonomi yang kukuh dan asas makro ekonomi yang teguh, sistem kewangan Islam di Malaysia terus berkembang pesat.

"Malaysia meminta Lembaga Kewangan Islam diwujudkan. Kami merasakan itu cukup bagus untuk dijadikan landasan perkembangan sistem kewangan Islam.

Indonesia setuju kerana kita bersama-sama dalam syariat Islam," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi Penyataan Bersama bersempena Perhimpunan Agung ke-36 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di sini, Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Dr Tan Seng Giaw yang juga anggota Parlimen Kepong.

Hamdhani, anggota parti Nasional Demokrat, berkata konsep kewangan Islam yang diamalkan di Malaysia dapat dijadikan sebagai alternatif untuk dilaksanakan di negara ASEAN lain termasuk di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam.

"Negara ASEAN lain juga boleh mendokong konsep kewangan Islam dalam satu alternatif seperti Malaysia untuk dilaksanakan kerana masih ada negara lain belum faham (konsep kewangan Islam), seperti negara yang majoriti penduduk bukan Islam," katanya.

Malaysia merupakan peneraju global dalam menyediakan perkhidmatan kewangan Islam dan penerbit sukuk atau bon Islam terbesar di dunia.

Dalam perkembangan lain, Hamdhani berkata kerajaan Indonesia bersedia membantu negara yang terlibat bagi menyelesaikan isu-isu tuntutan bertindih Laut China Selatan.

"Kita bersedia jadi pembantu bagi pihak bersengketa antara negara ASEAN terlibat.

"Mesyuarat hari ini kita saling mendukung semangat soladariti antara negara ASEAN. Itu fokus hari ini agar isu-isu berkaitan diselesaikan secara bilateral," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Perbankan Islam , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan