suria

Penghantaran Telefon Pintar Naik 42 Peratus

KUALA LUMPUR: Penghantaran telefon pintar dan tablet ke Malaysia meningkat sebanyak 42 peratus dan 15 peratus masing-masing kepada 4.8 juta unit dan 900,000 unit pada separuh pertama 2015 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Laporan Pengesan Telefon Mudah Alih dan Tablet Suku Tahunan Asia/ Pasifik International Data Corp (IDC), pasaran telefon pintar terus dikuasai oleh vendor China dan Taiwan, manakala tablet kekal dikuasai vendor global.

IDC berkata pemangkin pertumbuhan ialah harga sebahagian besar telefon pintar dijadikan mampu milik iaitu kurang daripada RM500, disertakan bersama dengan pek SIM (modul identiti pelanggan) daripada pengendali tempatan.

"Begitu juga dengan tablet dan peranti berharga kurang daripada RM300," kata penganalisis pasaran, Jensen Ooi, dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, IDC berkata, saluran runcit masih terdedah kepada cabaran berikutan sentimen pasaran yang lemah disebabkan oleh pelbagai faktor makroekonomi di Malaysia.

"Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS dan beberapa kebimbangan politik merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh perniagaan pada separuh pertama 2015," kata IDC.

Telefon Pintar, Tablet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain