Kewangan Masa Depan Perlu Ada Kaitan Kukuh Dengan Ekonomi Benar - Zeti

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 11:23 PM

Zeti Akhtar Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aspek kewangan masa depan perlu mempunyai kaitan lebih kukuh dengan ekonomi benar menerusi peranan perantaraan yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata sistem kewangan juga harus mencakupi aspek nilai tambah dan berasaskan nilai untuk membolehkannya menyumbang dengan lebih bermakna sebagai perantara dan kemudahan untuk aktiviti ekonomi benar yang memanfaatkan orang ramai.

"Sistem kewangan seumpamanya amat diperlukan dalam ekonomi global," katanya berucap pada Forum Etika Kewangan Global di Edinburgh, Scotland, Selasa.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini, Rabu.

Zeti berkata, kebanyakan negara membangun misalnya, turut memerlukan sejumlah dana besar bagi menampung pembangunan infrastruktur.

Aspek kewangan terangkum turut menjadi agenda utama bagi meningkatkan kehidupan kelompok yang tersisih dalam komuniti global, katanya.

Justeru, katanya, penting untuk mewujudkan rejim yang mengamalkan kedua-dua aspek nilai tambah serta kewangan berasaskan nilai dengan teras prinsip sejagat yang akan menghasilkan model mampan bagi kewangan positif dalam sistem kewangan global.

"Rejim yang berteraskan aktiviti pengeluaran baik iaitu tidak menggalakkan hutang berlebihan dan menekankan soal ketelusan serta mengukuhkan hubungan  pihak kewangan-pelanggan sudah pasti dapat menjadi penggerak positif dalam  sistem kewangan global.

Menurut Gabenor bank pusat itu, aspek itu adalah antara asas kewangan Islam yang terbukti kian penting di kebanyakan pelusuk dunia.

Malah, langkah mengukuhkan aspek penawaran dan permintaan kewangan nilai tambah dan berasaskan nilai akan menyumbang ke arah peningkatan hubungan sistem kewangan global kepada ekonomi benar.

Zeti turut membangkitkan kepentingan untuk memupuk kepemimpinan lebih kukuh di tahap global yang membolehkan peranan sokongan serta kemudahan meleraikan isu halangan selain menyatukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama dalam persekitaran lebih teratur.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan