suria

Anak Syarikat Astral Supreme Peroleh Projek Bernilai RM38.5 Juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Astral Supreme Bhd, Astral Supreme Construction Sdn Bhd, telah memperoleh kerja-kerja sub kontrak bernilai RM38.5 juta di bawah projek perumahan nasional di Tawau, Sabah daripada Wira Syukur (M) Sdn Bhd.

Astral Supreme dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata projek tersebut akan disiapkan dalam 24 bulan lagi.

Astral Supreme berkata pengambilan kerja-kerja sub kontrak oleh Astral Supreme Construction itu diklasifikasikan sebagai transaksi pihak berkaitan (RPT).

Astral Supreme berkata RPT yang dicadangkan memberi ruang kepada kumpulan itu untuk meningkatkan tempahan dalam tangan dan aliran pendapatan.

Astral Supreme

Artikel Lain