suria

AHB Holdings Catat Keuntungan Lebih Tinggi Untuk Suku Pertama

KUALA LUMPUR: AHB Holdings Bhd melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM336,800 bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2015, berbanding RM200,345 bagi suku sama setahun lalu.

Keuntungan itu dicapai susulan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM3.26 juta berbanding RM2.32 juta, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

AHB yang terlibat dalam reka bentuk, pemasangan perabot pejabat dan perniagaan produk dalaman pejabat, optimis tentang prestasi kewangannya pada masa depan.

Selain mempelbagai pangkalan pasarannya, syarikat juga meningkatkan sumber penyelidikan dan pembangunan serta merancang untuk memperkenal lebih banyak perabot dinamik baharu serta produk baharu untuk menambah baik prestasi kewangan.

Ia berkata kejatuhan ringgit sekarang memberi kelebihan kepada kumpulan untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan memandangkan Malaysia merupakan pengeluar perabot berdaya saing dengan pasaran di seluruh dunia.

Potensi industri perabot tempatan dibuktikan menerusi jumlah pengeluaran global bernilai US$400 bilion setahun.

AHB Holdings

Artikel Lain