suria

Asean, Kanada Sasar Gandakan Perdagangan Pada 2020

KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan Majlis Perniagaan Kanada-ASEAN (CABC) memuktamadkan mesyuarat perundingan mereka hari ini dengan sasaran untuk menggandakan perdagangan ASEAN-Kanada pada 2020 daripada CA$19 bilion sekarang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata sasaran itu boleh dicapai berikutan minat Kanada yang semakin berkembang ke arah rantau ini.

"Hala tuju lima tahun bagi kerjasama ekonomi antara ASEAN dan Kanada turut diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, dan keutamaannya di sini adalah untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di rantau ini.

"Kami mahu hala tuju itu, yang akan bermula tahun depan, selari dengan Visi ASEAN 2025 dan Kanada telah menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan penyertaan dalam bina upaya PKS ASEAN dalam pelbagai sektor termasuk teknologi," kata Mustapa kepada pemberita.

Turut hadir pada mesyuarat itu yang diadakan di samping Mesyuarat AEM ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada Christine Hogan, Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh dan Presiden CABC Wayne Farmer.

Kanada, Asean

Artikel Lain