Asean Akan Pertingkat Dagangan Bebas Dengan China, Jepun & Korea

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 3:55 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed (dua dari kiri) bersama-sama rakan sejawatannya dari negara-negara Asean, dari kiri Khemmani Pholsena (Laos), Gao Hucheng (China) dan Gregory L. Domingo (Filipina).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Asean akan pertingkatkan urusniaga dagangan bebas dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam usaha untuk mengalakkan pertumbuhan ekoran keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Asean sudah mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan ketiga-tiga negara tersebut tetapi kini akan mempertingkatkan kerjasama tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Peningkatan kepada perjanjian sedia ada itu, kata Mustapa lagi akan meliputi pelbagai bidang yang lebih luas termasuklah pelaburan, perkhidmatan dan dagangan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sesi rundingan antara menteri-menteri ekonomi Asean dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari Jepun, Korea Selatan dan China di sini.

Tahun lalu, jumlah dagangan antara Asean dengan Jepun adalah sekitar RM957 bilion, Korea Selatan (RM333.5 bilion) dan China (RM1.53 trilion).

Menurut Mustapa, peningkatan urusniaga dagangan bebas antara Asean dengan negara-negara Timur Jauh itu ada positif dan akan membantu merealisasikan sasaran jumlah dagangan RM4.18 trilion dengan China dan RM836 bilion dengan Korea Selatan menjelang 2020.

Kata Mustapa, untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dengan China, beberapa perkara perlu dipertimbangkan antaranya ialah kemudahan sukatan dagangan yang lebih serta tarif tertentu.

Kepada satu soalan, Mustapa berkata, ketika pertemuan antara Asean dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan, antara agenda utama yang dibincangkan ialah mengenai perjanjian dagangan bebas yang sedia ada.

"Kami berharap akan ada pencapaian berhubung perkara ini menjelang November apabila pemimpin-pemimpin negara Asean bertemu dalam sidang kemuncak mereka," ujar Mustapa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan