1MDB Yakin Meterai Perjanjian Aset Tenaga Pada Suku Keempat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yakin satu perjanjian muktamad dapat dimeterai dengan pihak terpilih berkaitan syarikat aset tenaganya, Edra Global Energy Bhd (Edra), pada suku keempat tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Jumaat, 1MDB berkata penyelesaian dijangka dapat dicapai tidak lama selepas syarat-syarat terdahulu dipenuhi.

"Lembaga Pengarah 1MDB akan berpandukan, antaranya, memaksimumkan nilai kepada pemegang sahamnya, kepastian urus niaga dan syarat-syarat yang adil dan munasabah," kata syarikat itu.

1MDB sehingga kini telah menyenarai pendek sekumpulan pihak berpotensi terpilih, yang merangkumi pelabur strategik tempatan dan antarabangsa, untuk memulakanm usaha wajar terperinci ke atas Edra yang merupakan pemegang aset-aset tenaganya, kata syarikat itu.

"Proses usaha wajar ini akan melibatkan, antaranya, perbincangan dengan pihak pengurusan, akses kepada data dan lawatan tapak, yang dirangka bagi memudahkan mereka membuat ulasan dan kajian berkenaan Edra," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang diumumkan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, 1MDB secara aktif meneruskan pelbagai pilihan berkaitan penjanaan dana untuk aset tenaganya di bawah Edra. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: 1MDB , aset tenaga , Edra

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan