Weststar Maxus Akan Ambil Bahagian Dalam Pertunjukan Auto Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Weststar Maxus Sdn Bhd, anggota  Weststar Group, akan mengambil bahagian dalam Pertunjukan Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo 2015 (GIIAS) di Pameran Konvensyen Indonesia (ICE) pada 20 hingga 30 Ogos ini.

Kumpulan itu akan mempamerkan kombinasi bersepadu kenderaan komersil Weststar Maxus bagi memperluas jangkauan kepada perniagaan dan penduduk Indonesia yang lebih ramai.

"Kami telah mengenal pasti pasaran Indonesia sebagai destinasi berdaya maju untuk pengembangan serantau bagi beberapa tahun akan datang.

"Perniagaan dalam pelbagai industri, terutama pengangkutan, telah berkembang pesat dengan mendapat manfaat daripada pertumbuhan industri pelancongan Indonesia yang memacu lebih banyak permintaan kepada kenderaan komersil," kata Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dalam satu kenyataan, Rabu.

PT Weststar Maxus Indonesia menawarkan pelanggan Indonesia pelbagai pilihan kenderaan tempahan khusus dan fabrikasi.

Dengan pelancaran rasmi Weststar Maxus V80, Weststar Maxus baru-baru ini, ia akan memenuhi permintaan perniagaan dan segmen kenderaan tempahan khas berorientasikan gaya hidup mewah.

"Kami percaya terdapat potensi besar untuk Maxus V80 dengan mengambil kira saiznya yang ideal serta konfigurasi menarik.

"Dengan kepakaran kami dalam reka bentuk kejuruteraan automotif, tempahan khas dan fabrikasi, V80 boleh dipasang atau disesuaikan untuk sebarang aplikasi komersil, peribadi dan mewah," kata Syed Azman.

Weststar Maxus memulakan operasi runcit di Jakarta pada akhir 2014 dan kini mempunyai lapan pengedar jualan dan perkhidmatan di enam wilayah di Indonesia, iaitu di Jakarta, Bandung, Surabaya, Makasar, Lampung dan Bali.

Beribu pejabat di Jakarta, aktiviti PT Weststar Maxus meliputi pemasaran, jualan, perkhidmatan selepas jualan, tempahan khas serta aktiviti berkaitan untuk pasaran Indonesia.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Weststar Maxus , ICE

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan