suria

AmResearch Saran Beli SapuraKencana

KUALA LUMPUR: AmResearch menaikkan saranan ke atas SapuraKencana Petroleum Bhd kepada 'beli' pada nilai saksama RM2.70 sesaham.

Ia berkata walaupun sentimen harga saham SapuraKencana dalam tempoh terdekat terus dipacu oleh turun naik harga minyak, saranan itu adalah berasaskan penilaiannya pada masa ini pada paras terendah dua perbezaan standard terendah yang rendah daripada purata sejarahnya.

Firma penyelidikan itu juga yakin kumpulan itu tidak menghadapi impak ketara daripada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Ia berkata pendedahan mata wang asing SapuraKencana secara semula jadinya dilindungi memandangkan komposisi mata wang hutangnya sehingga 30 April 2015, 82 peratus pinjaman merupakan dalam mata wang dolar AS.

Sementara itu, AmResearch berkata perjanjian semasa ama jualan gas dengan Petronas, yang dijangka dimuktamadkan pada 2016, akan menjadi pemangkin kepada kumpulan itu memandangkan ia akan dapat menjana wang meanerusi rizab gasnya yang besar.

Kumpulan itu juga aktif membida lebih banyak projek.

Pada 3.46 petang, saham SapuraKencana di dagangkan pada RM1.73 dengan 13.82 juta saham bertukar tangan.-- Bernama

AmResearch, SapuraKencana

Artikel Lain