suria

Bina Puri Menang Kontrak RM100 Juta Bina Hotel

KUALA LUMPUR: Bina Puri Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya Bina Puri Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM100 juta bagi membina sebuah hotel untuk kerajaan negeri Terengganu di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Projek dijadual siap dalam tempoh tiga tahun.

"Dengan kontrak terbaharu ini, nilai projek belum dibina dalam tangan Kumpulan kini RM2.72 bilion," kata Bina Puri dalam makluman kepada Bursa Malaysia Selasa.

Syarikat berjaya memperoleh projek bernilai RM838 juta pada 2015.

"Kami percaya ada banyak lagi peluang untuk memperoleh projek seterusnya menjelang hujung tahun ini," katanya.

Bina Puri, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain