AirAsia Jimat AS$160 Juta Akibat Kejatuhan Harga Minyak Mentah

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menjangka dapat menjimatkan US$160 juta tahun depan daripada kejatuhan harga minyak mentah ketika tempoh perlindungan nilai kumpulan berakhir pada 2015.

"Enam puluh peratus kumpulan pesawat AirAsia adalah dilindung nilai. Minyak adalah komponen besar daripada kos kami dan ia telah merudum. Tiada lindung nilai tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Ketika ini tahap lindung nilai minyak kumpulan itu kira-kira US$80 setong, kira-kira 50 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Daripada sudut kewangan, penurunan nilai wang tidak ada apa-apa berbanding penurunan harga minyak. Penurunan harga minyak mempunyai kesan yang lebih besar kepada kami (di segi pertukaran asing).

"Kedudukan mata wang ketika ini sebenarnya satu peluang kepada kami. Kami nampak peluang untuk menarik lebih ramai orang untuk terbang, kami tidak nampak kemerosotan dalam perniagaan kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran konsep menu dalam pesawat bertemakan 'Santan' dan pengenalan pembelian menu dalam pesawat dan pratempahan penerbangan AiAsia dan AirAsia X.

Beliau berkata, AirAsia X mendapat manfaat paling besar daripada kejatuhan mata wang tempatan kerana penerbangan jarak jauh, tambang murah syarikat bersekutu AirAsia memperoleh pendapatan yang banyak daripada penumpang asing, termasuk rakyat Australia, Jepun dan Korea.

Penumpang AirAsia dan AirAsia X digalak menempah makanan mereka lebih awal bagi menjimatkan sehingga 20 peratus berbanding pembelian makanan dalam pesawat, dengan jaminan hidangan kegemaran mereka akan diperolehi.

Penumpang juga boleh menambah pengakhiran yang manis kepada hidangan mereka dengan pilihan 'maksimumkan makanan anda' dengan hanya RM7.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Minyak Mentah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan