suria

Pelabur China Dialu-alu Melabur Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengalu-alu pelaburan dari China untuk mengukuhkan sektor ekonomi dan perdagangan dua hala kedua-dua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri kini memberi fokus kepada empat sektor utama dalam pembangunan ekonomi negeri iaitu pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi serta minyak dan gas.

"Kita mengalu-alukan pelaburan mereka di sini seperti pembangunan semula 'Strawberry Park' di Kemaman, pembangunan di Pulau Perhentian dan pembangunan hab petroleum di Pulau Kerengga," katanya selepas majlis menandatangani Surat Persefahaman (LoU) antara kerajaan negeri dan Jiangsu Huaxi Group Corporation di Huangxi Shanghai.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Yayasan Al-Wathiqu Billah Shah Datuk Andri Aidham Badri.

Pada majlis itu Terengganu diwakili oleh Ahmad Razif manakala Jiangsu Huaxi Group Corporation diwakili oleh Pengerusinya Wu Xie 'En.-- Bernama

Terengganu, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain