Petronas Bersedia Hadapi Tempoh Mencabar Susulan Untung Pracukai Susut 47 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersedia untuk menghadapi tempoh mencabar berikutan keuntungan sebelum cukainya bagi suku kedua (Q2) tahun ini susut sebanyak 47 peratus dengan tanda-tanda pemulihan harga minyak terus suram dalam masa terdekat ini.

Bagi Q2 berakhir 30 Jun, 2015, ia mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.61 bilion berbanding RM28.06 bilion bagi tempoh sama, tahun lepas.

Namun, amalan pengurusan tunai Petronas secara berhemah ternyata menyediakan rizab kewangan yang mencukupi bagi membolehkan syarikat itu menempuh impak penurunan harga minyak mentah.

"Petronas bagaimanapun perlu bersiap sedia untuk berdepan lebih banyak cabaran pada masa depan selagi penurunan harga minyak terus berlaku," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, pada satu sidang media di sini, Jumaat.

Pendapatan Petronas turut susut sebanyak 28 peratus kepada RM61.30 bilion daripada RM85.36 billon berikutan harga purata sebenar semua produknya yang ternyata lebih rendah.

Malah penyusutan pendapatannya itu seiring aliran penurunan ketara harga penanda aras utama iaitu minyak mentah Brent dan Japan Crude Cocktail (JCC) beserta impak jumlah jualan minyak mentah dan gas cecair asli (LNG) yang berkurangan.

Tempoh purata tiga bulan itu turut mencatatkan penurunan harga LNG sebanyak 14 peratus yang mana purata harganya pada Q2 adalah AS$57 setong berbanding AS$66 setong pada suku sebelumnya.

"Secara keseluruhannya, ia adalah tempoh-tempoh yang sukar," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Zulkiflee berkata, penyusutan keuntungan dan pendapatan itu mampu ditampung oleh kecekapan operasi yang lebih baik, peningkatan harga purata Brent sebanyak 15 peratus kepada US$62 setong pada Q2 berbanding tempoh sebelumnya dan margin penapisan yang lebih kukuh.

Pada suku pertama (Q1), purata harganya adalah AS$54 setong.

Kumpulan itu bagaimanapun berjaya mencatat beberapa pencapaian operasi dan projek pada Q2 termasuk pengeluaran hidrokarbon pertama daripada tiga telaga (dua di Malaysia dan satu di Bukit Tua, Indonesia), kemudahan LNG Terapung Petronas - 2 (Korea Selatan) pada Jun dan Projek Bersepadu LNG PNW di Kanada.

Bagi segmen perniagaan hilirannya, Wan Zulkiflee berkata Petronas telah memulakan pembinaan Kompleks Bersepadu Pengerang pada suku sebelum ini.

Menurutnya, Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia berkenaan dijadual siap menjelang Q1 2019 dengan operasi komersialnya akan dimulakan pada Q2 2019 seperti dirancang.

Operasi kilang penapis minyak dan petrokimia tempatan Petronas juga terus meraih tahap cemerlang dengan aspek Kecekapan Peralatan Secara Keseluruhan masing-masing pada kadar 94.1 peratus dan 89.5 peratus.

Mengulas prospek industri itu, Wan Zulkiflee mengakui Petronas tidak melihat sebarang pemulihan daripada penurunan harga minyak mentah pada masa terdekat ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa industri minyak dan gas Malaysia untuk saling bekerjasama bagi berdepan persekitaran harga minyak yang rendah.

"Ada banyak peluang di pasaran bagi tujuan pengukuhan bersama yang pada akhirnya meningkatkan kecekapan kos serta persaingan dalam indstri ini," katanya.

Untung sebelum cukai Petronas bagi tempoh enam bulan pertama 2015 susut  kepada RM31.56 bilion berbanding RM55.28 bilion bagi tempoh sama, setahun lepas.

Pendapatannya turut merosot kepada RM127.50 bilion berbanding RM169.41 bilion.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Petronas , Japan Crude Cocktail

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan