Pensonic Sasar Jualan Fonebud Essential Plus 100,000 Unit

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pensonic Group yakin produk terbaharunya, Fonebud Essential Plus akan dapat meraih 100,000 jualan, seiring dengan permintaan dalam pasaran aksesori telefon mudah alih menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2016.

Pemilik telefon pintar dilaporkan membelanjakan hampir US$56 ke atas aksesori untuk setiap peranti dan menurut Allied Business Intelligence Research, hasil pendapatan aksesori telefon pintar dianggarkan meningkat kepada US$38 bilion menjelang 2017.

Alat ini menjadi keperluan untuk pengguna telefon pintar memandangkan  Fonebud Essential Plus bukan sahaja sebagai bank tenaga serba boleh tetapi ia  mempunyai fungsi Bluetooth.

Sejak pelancaran pra-tempahan melalui media sosial pada April lepas, lebih daripada 5,000 unit telah dijual dalam masa dua bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Dixon Chew, kepada pemberita selepas pelancaran produk di sini, Selasa.

Katanya, 10,000 unit Fonebud telah dikeluarkan untuk pasaran domestik pada tahun ini manakala 50,000 unit lagi akan dikeluarkan tidak lama lagi, dengan kira-kira 70 peratus diperuntukkan untuk pasaran antarabangsa.

"Kumpulan pertama daripada 50,000 unit itu akan diedarkan di Malaysia, Hong Kong, Myanmar, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Mexico manakala kumpulan kedua akan dihantar ke Dubai, India, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat," katanya lagi.

Walaupun barangan elektrik rumah kekal menjadi perniagaan teras kumpulan itu, beliau masih mahu meninjau produk baharu yang inovatif yang memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.

"Ini merupakan permulaan kepada banyak penawaran produk yang lebih inovatif di bawah jenama Fonebud yang ada dalam perancangan kami," kata beliau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Pensonic menjadi contoh di kalangan syarikat-syarikat Malaysia yang menggunakan tenaga kerja tempatan untuk menerajui pembangunan peralatan rumah yang kreatif dan inovatif.

"Langkah syarikat juga amat sejajar dengan fokus Malaysia dalam pembangunan nilai tambah yang tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensifkan teknologi serta industri dalam bidang pertumbuhan baharu," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Pensonic , Fonebud Essential Plus

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan