Tosoh Corporation Lebar Sayap Ke Kemaman

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Syarikat induk bahan kimia, Jepun Tosoh Corporation, mengembangkan sayap pertamanya ke luar negara dengan membuka kilang 'high silica zeolite' (HSZ) di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong Kemaman di sini.

Kilang yang akan dibina di kawasan seluas 4.8 hektar (12 ekar), dengan pelaburan RM325 juta itu, merupakan kilang ketiga di dunia milik syarikat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kilang yang akan dibina dalam tempoh terdekat ini dijangka beroperasi pada Jun 2017.

"HSZ ini digunakan dalam industri penapisan petroleum dan petrokimia.

Menerusi kilang HSZ di Malaysia, keluarannya akan digunakan dalam industri automotif untuk mengurangkan pencemaran udara.

"Tosoh Corporation juga akan bekerjasama dengan kolej swasta milik kerajaan Terengganu, Kolej Universiti TATI, untuk mengambil bekas pelajarnya berlatih di Jepun, dan mereka akan bekerja dengan kilang ini apabila siap kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang HSZ di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tosoh Corporation Kenishi Udagawa, Pengarah Urusan Tosoh Corporation Masaki Uchikura, Presiden Tsukishima Kikai Corporation Limited Kikuo Makashima dan Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Pembuatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Ahmad Khairuddin Abdul Rahman.

Tengku Putera juga berkata kemudahan Pelabuhan Kemaman dan Lebuhraya Pantai Timur II akan lebih merancakkan lagi kawasan perindustrian berkenaan.

"Tosoh akan mengeksport produk HSZ ke luar negara termasuk ke Eropah dan Amerika, yang diharapkan dapat meningkatkan ekonomi penduduk di daerah ini, khususnya.

"Kita nak memajukan lagi pelabuhan kita ini yang kini kurang digunakan selepas kilang Perwaja tutup, bagi menarik dua hingga tiga syarikat lagi untuk melabur di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Kenichi berkata pihaknya memilih Malaysia, dan Terengganu khususnya untuk membuka kilang tersebut bagi memastikan kestabilan bekalan dan kesinambungan pengeluaran HSZ.

"Walaupun pelanggan kami kini dari Eropah dan Amerika, kami jangkakan permintaan HSZ akan turut diperlukan oleh Asia berdasarkan pembangunan ekonomi semasa.

"Perkembangan zon perindustrian pembuatan kimia yang wujud di Malaysia juga menjadi sebab kami berminat membuka kilang di sini," katanya menerusi penterjemah. -- Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan