GLC Mampu Harungi Sebarang Keadaan Ekonomi Mencabar

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memiliki kemampuan untuk mengharungi sebarang persekitaran atau keadaan ekonomi yang mencabar.

Ketika berkongsi keyakinan itu, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, budaya ujian tekanan serta persiapan (mendepani cabaran) sememangnya tinggi dalam kalangan GLC.

"Malaysia Airlines adalah GLC yang ternyata kurang berjaya biarpun ada  pelaksanaan program yang sebegitu intensif. Amat menyedihkan apabila ia perlu mengharungi dua bencana dalam persekitaran itu," katanya ketika diminta mengulas strategi Khazanah apabila berdepan keadaan ekonomi yang mencabar.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar program Hari Terbuka GLC 2015, di sini, Jumaat.

Mengulas penurunan harga minyak mentah, Azman mengakui harga US$50 setong atau lebih rendah, sememangnya bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia.

"Bagaimanapun, ia memberi manfaat kepada syarikat Khazanah yang juga pengguna minyak dan gas seperti Tenaga Nasional Bhd dan MAS," katanya.

Mengenai penyusutan nilai ringgit, beliau berkata hakikat itu sukar bagi pengeksport namun ia menguntungkan syarikat penjagaan kesihatan dan pelancongan.

Setakat jam 1.38 tengah hari ini, ringgit disebut harga pada 3.9215/9245 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 3.9005/9035 yang dicatatkan petang semalam.

Brent yang juga penanda aras minyak mentah global, susut tujuh sen (AS) kepada US$49.52 setong selepas diniagakan pada US$48.88 iaitu yang terendah dalam tempoh enam bulan.

Tags / Kata Kunci: GLC , Ekonomi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan