MTIB Sasar Hasil Eksport Kayu, Produk Cecah RM22 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Perindustiran Perkayuan Malaysia (MTIB) menyasarkan hasil eksport perkayuan dan produknya mencecah sehingga RM22 bilion bagi tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Dr Jalaluddin Harun.

Bagi tempoh Januari sehingga Mei 2015, katanya, jumlah hasil ekport berkenaan meningkat 0.6 peratus kepada RM8 bilion berbanding tempoh sama, tahun lepas.

"Lazimnya angka itu akan meningkat bagi tempoh pertengahan tahun sehingga September. Justeru, kita menganggap sasaran daripada RM20 bilion kepada RM22 bilion itu mampu dicapai dengan syarat promosi bagi produk eksport yang ada nilai tambah tinggi untuk perabut ini, dapat diperhebatkan.

"MTIB juga agak agresif menyertai pameran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Program Kecemerlangan MTIB dan perayaan Aifilfitri 2015, di sini, Khamis. Hadir sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tahun lepas, eksport perkayuan serta produknya mencatat hasil lebih tinggi sebanyak RM20.5 bilion daripada RM19.3 bilion pada 2013.

Lima destinasi utama eksport berkenaan pada tahun lepas adalah Jepun, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, India dan Australia.

Jalaluddin berkata, MTIB turut menyasarkan untuk meraih antara RM13 bilion dan RM14 bilion menerusi hasil penggunaan domestik, tahun ini.

Beliau turut optimis industri pembinaan tempatan yang agresif beserta permintaan tinggi bagi perabot kayu akan terus menyokong pertumbuhan itu.

"Industri pembinaan negara sememangnya aktif. Jika aktiviti pembinaan terus meningkat, sudah pasti permintaan dan keperluan kayu serta perabot turut tinggi.

"Ini amat baik untuk sektor itu sekaligus dapat memperluaskan lagi  penggunaan hasil kayu di pasaran domestik," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MTIB , Jalaluddin Harun

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan