Cara Baru Iklan Pada Badan Bas Sekolah Tarik Minat Pengeluar Makanan Laut

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 4:40 PM

Pengurus Besar Golden Fresh, Saw Lip Teik bersama bas sekolah yang sudahpun siap dipasang dengan iklan produk makanan laut keluaran syarikat mereka.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pacific West menerokai cara baru untuk memperkenalkan produk makanan laut mereka kepada pengguna dengan mengiklankannya di badan bas sekolah di negeri ini.

Sebagai permulaan mereka telah meletakkan iklan produk mereka di tiga buah bas sekolah - dua di sebelah pulau dan satu di Seberang Perai.

Ia merupakan sebahagian daripada 12 buah bas sekolah di seluruh negara yang akan mempamerkan produk-produk makanan laut Golden Fresh Sdn Bhd iaitu jenama produk Pacific West seperti Cod Fish Fingers, Crumbed Fish Sandwich dan Salmon Goujons.

Pengurus Kanan Pemasaran Golden Fresh, Janey Tan Lay Eng berkata, syarikatnya bersetuju untuk mengambil ruang pengiklanan yang diusahakan oleh Kumpulan Media Star Bhd itu kerana melihat ia sebagai satu pontesi yang besar untuk mengembangkan jenama mereka kepada umum.

“Ia bukan sahaja memberi ruang kepada pengiklan untuk mempamerkan produk mereka tetapi juga membuka ruang kepada pengusaha bas sekolah untuk menambahkan pendapatan mereka," katanya sambil menambah produk mereka sesuai dengan bas sekolah kerana sebahagian besar pelanggan mereka adalah kanak-kanak.

Selain itu, katanya lagi, imej yang dipamerkan pada badan bas sekolah itu juga memberi pengajaran kepada para pelajar kerana ia menunjukkan bagaimana wajah makanan laut itu selepas ia disediakan untuk dimakan.

Menurut beliau, di samping tiga buah bas sekolah di negeri ini, mereka turut mengiklankan produk mereka di tiga buah bas sekolah lagi di Johor dan enamk di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengurus Besar Golden Fresh, Saw Lip Teik berkata, mereka akan turut memperkenalkan dua produk baru September nanti.

“Pacific West akan memperkenalkan Dusted Baby Squids dan Cheezy Fish Fillets bulan depan yang pada sasaran kami akan mendapat sambutan hangat daripada para pengguna.

“Kami mempunyai pasukan chef dan pakar teknologi makanan yang mantap untuk terus membangunkan produk-produk baru bukan sahaja untuk memenuhi citarasa tempatan tetapi juga luar negara,” ujarnya.

Projek pengiklanan luar pada badan bas sekolah ini adalah projek kerjasama tiga pihak iaitu Kumpulan Media Star Bhd, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Persekutuan Persatuan-persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia.

SPAD bertanggungjawab mengawal selia bentuk pengiklanan yang dibenarkan pada badan bas sekolah.

Projek ini melibatkan 15,000 bas sekolah di seluruh negara.

Para pengiklan boleh memilih pakej yang mereka kehendaki dari kecil, bersaiz sederhana dan bersaiz besar, dengan pakej pengiklanan minimum melibatkan 10 buah bas sekolah untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut berhubung projek ini, hubungi 03-7966 8230, atau e-mel outdoor@thestar.com.my, atau layari www.thestar.com.my/schoolbuzz/.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan