suria

Perdagangan Malaysia Pada Jun Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Jun 2015 meningkat lima peratus kepada RM64.26 bilion berbanding 61.23 bilion dicatat pada bulan yang sama tahun lepas.

Lebihan dagangan dicatat sebanyak RM7.98 bilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam laporan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia.

MITI juga berkata, pertumbuhan lima peratus itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 12 bulan.

"Ia membuktikan Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan sektor perdagangan negara berdaya tahan walaupun dihimpit krisis zon Euro dan ketidaktentuan ekonomi China," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, import menguncup 1.5 peratus kepada RM56.28 bilion manakala perdagangan berkembang 1.9 peratus kepada RM120.54 bilion.

"Peningkatan perdagangan dicatat dengan Singapura yang bertambah RM317.2 juta, Thailand (RM406.6 juta), Vietnam (RM378.8 juta), Kuwait (RM577.2 juta), Hong Kong (RM529.6 juta) dan Filipina (RM96.8 juta)," kata MITI.

Untuk tempoh enam bulan, jumlah perdagangan Malaysia merosot 2.9 peratus kepada RM694.98 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu manakala lebihan dagangan susut tujuh peratus kepada RM41.69 bilion.

"Eksport turun 3.1 peratus kepada RM368.33 bilion manakala import berkurang 2.6 peratus kepada RM326.64 bilion," katanya.

MITI berkata, perdagangan dengan negara rakan kongsi perjanjian perdagangan bebas berkembang 63 peratus kepada RM437.56 bilion dengan eksport bernilai  RM232.1 bilion manakala import RM205.46 bilion.

"Perdagangan dengan ASEAN menurun 2.3 peratus kepada RM189.48 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM103.84 bilion dan RM85.64 yang merupakan 27.3 peratus daripada keseluruhan perdagangan.

"Peningkatan eksport dicatat ke ASEAN bagi barangan litar bersepadu elektronik, petroleum mentah, kimia dan bahan kimia serta jentera, perkakasan dan peralatan (alat ganti untuk kelengkapan kejuruteraan awam dan kontraktor).

Malaysia, Perdagangan, Miti

Artikel Lain