Kansai Paint Sasar Perkembangan Di Asia Pasifik Sehingga 30 Peratus Pada 2016

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd menyasarkan perkembangan perniagaannya di Asia Pasifik antara 20 dan 30 peratus menjelang 2016 dengan memanfaatkan jejak sedia ada syarikat dalam pasaran salutan hiasan di rantau itu.

Tahun lepas, operasi Kansai Paint menyumbang 16 peratus kepada jualan keseluruhan kumpulan berjumlah RM1.7 bilion manakala tahun ini kumpulan menyasarkan perolehan sekitar RM370 juta, katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Yoshikazu Takahashi berkata Malaysia merupakan pasaran yang penting bagi Kansai Paint di rantau ini kerana penduduknya yang bertambah selain prospek pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

"Kami percaya pasaran salutan hiasan akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan pertumbuhan populasi dan pengembangan industri," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu berhasrat memperkenalkan lebih banyak produk unik dengan tumpuan kepada produk yang bersih dan mesra kesihatan serta alam sekitar termasuk cat antibakteria dan antinyamuk. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kansai Paint , Asia Pasifik

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan