suria

Cardekho Lancarkan Carbay Di Malaysia, Thailand

KUALA LUMPUR: Girnar Software Pvt Ltd dari India, yang  menjalankan perkhidmatan portal auto, CarDheko.com, telah melancarkan CarBay.my dan CarBay.com, masing-masing di Malaysia dan Thailand.

CarDheko.com telah memenangi Laman Web Terbaik India sebanyak tiga kali sejak empat tahun lepas, membuktikan kejayaannya di benua kecil itu.

Girnar Software dalam satu kenyataan, berkata CarBay akan menyediakan pembeli dengan platform intuitif untuk maklumat automotif di dalam bahasa Inggeris dan Thai.

"Pengguna yang melayari laman sesawang itu boleh menyemak imbas pelbagai model kereta yang ditawarkan dengan pilihan jenama, model dan harga mengikut keperluan mereka.

Katanya, Malaysia dan Thailand telah menunjukkan pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar yang berterusan, melebihi 2.5 peratus dan pendapatan per kapita lebih daripada US$6,500, yang membayangkan kemungkinan ke arah peningkatan 10 peratus dalam jualan kereta untuk tempoh lima hingga enam tahun.

"Ini sudah tentu menimbulkan satu keperluan bagi membangunkan sistem yang cekap yang boleh memudahkan pembelian dan penjualan kereta serta memberikan pengguna dengan kawalan yang penuh ke atas tawaran," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CarBay-Asia Pasifik, Mohit Yadav berkata syarikat itu juga telah membangunkan alat pengurusan perhubungan pelanggan untuk wakil penjual memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, meningkatkan kecekapan dan keuntungan peniaga secara keseluruhan.

CarDekho.com baru-baru ini telah dilancarkan di Brazil, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Cardekho, Carbay

Artikel Sebelum

Artikel Lain