suria

Anak Syarikat Destini, AirAsia Jalin Pakatan Cadangan Penyumberan Luar

CEO AirAsia, Aireen Omar (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Destini Dato Rozabil Abdul Rahman (kanan) bertukar perjanjian kerjasama. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Abdul Wahid Omar dan CEO Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Aviation Sdn Bhd, memeterai perjanjian kerjasama dengan AirAsia Bhd bagi cadangan kerja-kerja penyumberan luar.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini berkata perjanjian itu meliputi inisiatif utama bagi penyumberan luar strategik iaitu pengendalian teknikal, penyelenggaraan komponen, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta MRO di  hangar.

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh enam hingga lapan bulan, satu persatu.

Tujuan perjanjian itu ialah untuk menetapkan perkembangan bagi kedua-dua syarikat memulakan rundingan akhir dan rancangan pelaksanaan untuk menjalankan penyumberan luar.

Perjanjian tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah hutang kumpulan Destini.

Destini, AirAsia

Artikel Lain