Seribu Pekerja Dikhuatiri Bakal Hilang Pekerjaan

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Fairchild Semiconductor International Inc, yang sebelum ini dikenali dengan nama National Semiconductor ketika ia mula-mula beroperasi di Malaysia pada 1972, dikatakan akan menjual kemudahannya di Zon Industri Bebas (FIZ), Bayan Lepas sekaligus mencetuskan kebimbangan tentang masa depan beribu kakitangannya yang bakal kehilangan pekerjaan.

Plan berkenaan yang buat masa ini menggajikan 500 kakitangan sepenuh masa (selebihnya kakitangan separuh masa) dikatakan bakal menutup operasinya menjelang hujung tahun ini.

Ibu Pejabatnya di San Jose, California telah mengumumkan Ogos tahun lalu yang mereka akan menutup operasi di Jordan, Utah Amerika Syarikat, Pulau Pinang dan Bucheon, Korea Selatan.

Keseluruhannya penutupan cawangan-cawangan Fairchild di seluruh dunia akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15% daripada 9,000 kakitangannya bakal kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun adalah difahamkan sekurang-kurangnya dua firma antarabangsa – satu dari Jerman dan satu lagi dari Amerika – berminat untuk membeli kemudahan Fairchild yang terdapat di Bayan Lepas yang seluas 20 ekar itu. 

Fairchild Semiconductor adalah satu satu daripada lapan syarikat terawal yang membina kilang di Pulau Pinang di awal tahun 1970-an bersama-sama Advanced Micro Devices (AMD), Hewlett Packard (sekarang Agilent Technologies), Clarion, Intel, Hitachi (sekarang Renesas), Litronix (sekarang Osram Opto Semiconductor) dan Robert Bosch.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan