BMW Group Malaysia Perkenal Pengedar Baharu BMW Di Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 2:11 PM

Harris (kiri) bersama Pengarah Urusan & Pengedar Prinsipal Raza Premium Auto, Datuk Seri Abdul Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia Memperkenalkan Pengedar Baharu BMW, Raza Premium Auto di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia yang bakal menyediakan perkhidmatan 4S – Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem.

“Selaku peneraju serta pengeluar kenderaan premium di peringkat global dan Malaysia, kami bukan sekadar menjual kereta. 

"Malah, kami turut komited untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu dan relevan. Rasa tanggungjawab ke atas para pelanggan juga menjadi keutamaan kami. Nilai-nilai ini menjadi satu kriteria penting untuk kekal premium," jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris.

Menurut Harris lagi, pengedaran 4S BMW sememangnya menjadi faktor penting dalam menawarkan pengalaman premium, sebagaimana yang dijanjikan oleh jenama BMW. 

Dengan keluasan 7,800 kaki persegi, Raza Premium Auto mampu menawarkan semua perkhidmatan BMW 4S kepada para pelanggannya di negeri Kelantan.

Kemudahan baharu itu menampilkan perabot dan standard BMW Group. 

Ia juga menyediakan ruang jualan serta pameran yang boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan, dua hingga tiga unit kenderaan untuk pandu uji, empat ruang penyelenggaraan, ruang istirehat bagi kegunaan pelanggan, Isetta Bar, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan. 

Raza Premium Auto BMW 4S terletak di Lot 493 & 183, Jalan Kuala Krai, Seksyen 20, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1 800 88 3000, Raza Premium Auto di nombor: +609-744 5333 atau layari laman web: www.bmw.com.my.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan