Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 1:12 PM

Pramugari- pramugari Malindo Air memperagakan pakaian seragam pada majlis menandatangani persetujuan persefahaman antara kakitangan dengan Malindo Air serta pelancaran produk dan servis di Putrajaya, Khamis. Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang pertama, telah mendapat pembiayaan US$1.1 bilion dari US Export-Import Bank bagi membeli 27 pesawat Boeing 737-900ER.

 -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air menawarkan jualan pra-merdeka istimewa bagi laluan domestik dan serantau dengan tambang sehala terangkum sehingga serendah RM59.

Syarikat penerbangan hibrid itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata, tempahan bermula hari ini sehingga 2 Ogos, bagi tempoh perjalanan daripada sekarang sehingga 15 Mei tahun depan.

Penerbangan dari KLIA2 ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula dengan tambang sehala serendah RM99.

Bagi destinasi antarabangsa, Malindo Air berkata tambang terangkum bermula daripada tambang sehala serendah RM79 ke Singapura, tambang sehala RM99 ke Bangkok, Bandung dan Jakarta, dan tambang sehala RM199 ke bandar-bandar di India iaitu Trichy, Kochi, Vishakapatnam dan Trivandrum.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Malindo Air , Kochi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan