BMW Group Malaysia Sasar Jualan Empat Angka Segmen Motosikal

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 4:13 PM

Alan Harris (dua,kanan) bersama Ketua BMW Motorrad Malaysia Owen Riley (dua,kiri) memperkenalkan dua motorsikal BMW S 1000XR dan BMW R 1200RS pada majlis memperkenalkan motorsikal baru BMW pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia menyasarkan jualanempat angka untuk segmen motosikalnya tahun ini, dirangsang dua edisi terbaru barisan BMW Motorrad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris berkata, setakat Julai BMW Motorrad Malaysia menyerahkan 600 motosikal berbanding 581 pada 2014.BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan dua motosikal premium baharu, BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.

"Kami yakin dengan model baharu terbabit, pertumbuhan jualan akan melepasi 1,000 unit tahun ini. Motosikal BMW mempunyai harga yang kompetitif," katanya ketika majlis pelancaran pada Rabu.

Sebagai varian keempat motosikal berprestasi, BMW Motorrad mempunyai enjin empat silinder, BMW S 1000 XR baharu mempunyai ciri-ciri perjalanan dinamik.

Sementara itu, BMW R 1200 RS adalah genre sports tourer dan dicipta berasaskan R 100 RS 1976. Ia mempunyai enjin berkembar rata baharu, menukar keseluruhan kualiti konsep BMW R 12000 asal kepada kesan era moden.

Harga runcit (di atas jalan tanpa insurans) untuk BMW S 1000 XR ialah RM112,900 manakala BMW R 1200 RS pula RM101,900.

Tags / Kata Kunci: BMW Motorrad , Motosikal

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan