Trumer Sasar Tarik 100,000 Keanggotaan Dalam Tempoh Dua Tahun

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trumer International Bhd, menyasarkan permohonan keanggotaan Trumer Exchange (TrumerX) syarikat itu akan melepasi 100,000 dalam tempoh dua tahun akan datang.

TrumerX, bursa dagangan Malaysia yang unik, mempelopori penggunaan transaksi tanpa tunai, diurus oleh Trumer Shopped Sdn Bhd, anak syarikat Trumer International.

Perunding Prinsipalnya Kevin Choo berkata pada masa ini keanggotaan dalam platform e-dagang berjumlah 18,000, meliputi 3,000 pedagang, 4,500 pemegang saham dan lebih 10,000 anggota.

Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Choo berkata TrumerX ialah platform tempat pembeli dan penjual bertemu, memadan dan membuat urusan perniagaan tanpa menggunakan tunai tetapi menggunakan unit penyelesaian dagangan yang dikenali sebagai 'Trade Ringgit Malaysia' (TRM).

"TrumerX memperoleh kebenaran Bank Negara beroperasi sebagai operator sistem pembayaran pada 2011. Ia menjadi tempat perniagaan boleh menyenaraikan produk atau perkhidmatan kepada rangkaian besar pedagang dan penggunaan tanpa kos.

"Sasaran kami setakat ini hanya sekadar meluaskan asas keanggotaan. Dari segi sasaran kewangan, atau nilai dagangan di TRM, kami mahu menambah keanggotaan terlebih dahulu," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini.

Mengenai nilai 1TRM bersamaan RM1, Choo berkata nilai perniagaan yang didagangkan setiap bulan di TrumerX berjumlah kira-kira RM1 juta.

Berdasarkan keanggotaan yang disasarkan antara 100,000 dan 200,000, beliau berkata sasaran nilai transaksi bulanan antara RM50 juta dan RM100 juta boleh dicapai.

"TRM bukanlah transaksi berasaskan tunai, itulah perkara pokok yang kami mahu ketengahkan kepada pelanggan.

"Kini ia masih ditambat pada 1:1 (1TRM:RM1). Kelak orang ramai akan mengetahui nilainya (produk/perkhidmatan) yang ditawarkan oleh TrumerX), dan bukan yang ditetapkan oleh pasaran lain," katanya.

Choo berkata setiap anggota baharu yang mendaftar dengannya secara automatik memperoleh 10TRM dalam akaun mereka dan mampu mencapai 50TRM setiap bulan menerusi program 'Belanja dan Menang' TrumerX.

"Sebab utama kami membangunkan aplikasi seperti ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang senario yang tidak diduga yang mungkin melanda ekonomi negara, terutama ke atas ringgit. Jika kita lihat pada nilai semasa ringgit, yang mengalami penyusutan nilai, harga barangan akan menjadi semakin mahal.

"TrumerX ialah sistem yang melengkapkan ekonomi tunai. Jika berlaku sesuatu ke atas ekonomi kita, sekurang-kurangnya sudah ada sistem yang membolehkan orang ramai menjalankan transaksi tanpa tunai," katanya.

TRM bagaimanapun tidak boleh ditukar kepada wang berdasarkan model yang diluluskan oleh bank pusat. Pada asasnya memandangkan tiada tunai, tiada tunai akan dikeluarkan ekoran kebimbangan terhadap sebarang aktiviti pelaburan wang haram.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: TrumerX , Kevin Choo

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan