suria

Pacific Mutual Lantik CEO Baharu

KUALA LUMPUR: Pacific Mutual Fund Bhd, telah melantik Teh Chi-cheun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Pelaburan dan Pengarah Eksekutif syarikat itu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu berkata Teh sememangnya berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pelaburan dan perbankan pelaburan.

Selain itu, Pacific Mutual turut melantik Koh Huat Soon sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Pelaburan di syarikat berkenaan.

Pacific Mutual adalah anak syarikat Lion Global Investors Ltd atau dahulunya dikenali sebagai Lion Capital Management Ltd, iaitu syarikat yang diperbadankan di Singapura sejak 1986.

Kedua-dua syarikat itu adalah di bawah OCBC Group.

Setakat pertengahan 2015, Pacific Mutual menguruskan hampir RM1.65 bilion bagi pihak pelabur amanah serta pelanggan di atas mandat persendirian.

Pacific Mutual

Artikel Berikut

Artikel Lain