suria

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit pada Selasa ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan lebih ramai pelabur memberi tumpuan kepada dolar susulan berakhirnya 'drama' hutang Greece, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8060/8080 berbanding dolar daripada 3.8015/8045 pada Isnin.

Seorang peniaga berkata tumpuan kembali kepada dolar berhubung pemasaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) selepas isu hutang antara Greece dan pemberi pinjaman antarabangsanya selesai.

Kebanyakan pelabur menjangka Fed menaikkan kadar faedah dalam baki tahun ini, berbeza dengan Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan yang dilihat terus dengan dasar monetari sangat longgar bagi mengurangkan kelembapan pada masa depan.

Berbanding mata wang utama, ringgit kebanyakannya didagangkan tinggi.

Nota tempatan lemah berbanding yen pada 3.0825/0854 berbanding 3.0784/0821 pada Isnin, namun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.7969/7986 daripada 2.8080/8107.

Ia menyusut berbanding pound sterling kepada 5.8860/8906 daripada 5.9014/9076 pada Isnin, namun menokok berbanding euro kepada 4.1965/1002 daripada 4.2045/2089 sebelum ini.

ringgit, dolar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain