Mercedes-Benz Malaysia Catat Pertumbuhan

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 53 peratus bagi kenderaan penumpang pada separuh pertama 2015 dengan 5,163 unit dicatatkan berbanding 3,366 unit pada tempoh sama tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Roland Folger berkata pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh model keluaran tempatan, seperti model C, E dan S-Class, dengan peningkatan jualan sebanyak 62 peratus kepada 3,787 unit.

"Model E-Class, mencatatkan 1,967 unit telah dijual dan prestasi meningkat 41 peratus berbanding separuh pertama 2014," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai prestasi separuh pertama syarikat itu di sini, Rabu.

Model C-Class, mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh - selepas dianugerahkan "Kereta Terbaik Tahunan" pada April - mencatatkan jualan sebanyak 1,104 unit, naik 38 peratus berbanding separuh pertama 2014.

Folger berkata S-Class meneruskan aliran meningkatnya dengan mencatat kenaikan sebanyak 419 peratus kepada 719 unit.

Pada Mei 2015, Mercedes-Benz menjual 1,143 unit, meningkat 110 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan mencatat jualan tertinggi dalam sejarah syarikat.

Bagi separuh kedua 2015, kumpulan itu yakin dengan pertumbuhan yang lebih baik, dipacu oleh model sedia ada dan yang akan datang, kata Fogler.

Mengulas mengenai model akan datang, Folger berkata kumpulan itu akan melancarkan model C63 dalam tempoh empat minggu akan datang.

"Kami melihat permintaan yang tinggi terhadap model itu di peringkat global dan rakyat Malaysia telah bertanyakan tentang model tersebut," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Mercedes-Benz Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan