suria

SIDC Mahu Pertingkat Kerjasama Dengan Peserta Industri

KUALA LUMPUR: Securities Industry Development Corp (SIDC) berhasrat mempertingkat kerjasama dengan peserta industri bagi memenuhi keperluan pembangunan bakat pasaran modal.

SIDC dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata ia juga akan menetapkan piawaian kecekapan bagi peranan pekerjaan pasaran modal, menawarkan penyelesaian pembelajaran yang disasarkan dan perkhidmatan rundingan untuk bidang, kecekapan dan tahap berbeza dalam pasaran modal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azman Hisham berkata projek itu penting bagi SIDC dalam menyokong pengeluaran peserta pasaran modal yang cekap apabila ia selesai pada 2016.

"Berperanan sebagai panduan bagi menaikkan piawaian pembangunan bakat dalam industri pasaran modal, ia juga menyokong hala tuju masa depan SIDC dalam rekaan program, pembangunan dan penyampaian," katanya.

Azman berkata SIDC akan bergerak ke arah kurikulum kursus lebih luas meliputi seluruh kategori yang relevan dengan industri menerusi portfolio program berstruktur bagi peranan pekerjaan tertentu.

Pada 2014, SIDC melaksanakan 192 program melibatkan 12,835 peserta merangkumi majoriti topik berkaitan pasaran modal dalam empat kategori iaitu pengantara pasaran dan pembangunan perancangan bakat; latihan pengarah; pendidikan pelabur; dan program perundingan dan pengawal selia antarabangsa.

Kebanyakan program tahun lepas mencapai atau melebihi sasaran bagi penarafan kualiti dan bilangan peserta, katanya.-- Bernama

SIDC, Azman Hashim

Artikel Lain