suria

Oppo Malaysia Akan Kekalkan 10 Peratus Penguasaan Pasaran

KUALA LUMPUR: Oppo Electronics Sdn Bhd (Oppo Malaysia) menyasar untuk mengekalkan 10 peratus penguasaan pasarannya dalam pasaran domestik menerusi pelancaran siri R7 yang baru dilancarkan.

Syarikat yang berpangkalan di China itu, Selasa melancarkan dua model telefon pintar dalam Siri R7 - Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite.

Ketua Pegawai Eksekutifnya William Fang berkata syarikat itu memasuki pasaran Malaysia tahun lepas dan berjaya meraih 10 peratus penguasaan pasaran, menjadikannya jenamanya antara tiga telefon pintar terkemuka.

"Kami bangga jika dapat mengekalkan penguasaan pasaran ini tahun ini selepas memasuki pasaran Malaysia tahun lepas, dan kami mahu mengembangkan perniagaan ini," katanya pada sidang media selepas pelancaran model baharu itu.

Setakat ini, terdapat kira-kira 3,500 premis (termasuk peniaga) dan 18 pusat perkhidmatan Oppo di seluruh negara.

Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite masing-masing berharga RM1,988 dan RM1,298.

Kedua-dua model sedia untuk tempahan awal di kedai dan laman web mulai 11 Julai, 2015.-- Bernama

Oppo Malaysia, William Fang

Artikel Lain